Friday, November 29, 2013

PSLE - Sambung Cerita - Kecelakaan / Hospital

Markah Isi : 16 / 20
Markah Bahasa : 16 / 20

             Pokok itu besar dan sukar dipanjatnya. Darah yang pekat mengalir dari pipinya akibat tercucuk ranting yang tajam. Kedua-dua belah pahanya tercalar akibat bergeseran dengan kulit pokok yang kasar. Namun, dia menyesal memanjat pokok rambutan yang tinggi itu.

          Aiman terbaring di atas padang yang berdekatan dengan rumahnya. Tubuhnya sakit dan hanya matanya boleh bergerak. Aiman terlihat seorang lelaki dewasa sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit beliau sambil memerhatikan Aiman. Aiman berfikir lelaki itu menelefon ambulans. Mungkin tidak. Dia tidak pasti.                

               Beberapa minit kemudian, Aiman terdengar siren ambulans yang meraung. Bunyi itu semakin kuat. Mata Aiman mencari-cari ambulans itu. Walaupun terasa perit dan penglihatannya agak kabur, dia ternampak sebuah kenderaan yang putih. Dua orang paramedic bergegas keluar dari kenderaan itu. Mereka membawa sebuah tandu. Kedua-dua paramedik bekerjasama untuk mengangkat Aiman lalu meletakkannya di atas tandu dan mengangkat tandu itu ke dalam ambulans. Mereka bertugas bak pepatah bagai aur dengan tebing.

               Aiman tenggelam dalam perut ambulans. Dia rasa bahawa ambulans itu sedang bergerak. Beberapa minit berlalu dengan cepat. Sudah pun sampai di hospital. Aiman dibawa ke dalam sebuah bilik. Seorang doktor memasangkan pelitup yang menyalurkan sejenis gas yang membuat pesakit tidur. Aiman mula terasa seperti akan pitam, dan sejenak kemudian, matanya tutup lalu dia terlena.

              Aiman tidak tahu berapa lama dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Apabila dia terjaga, dia terasa bagaikan masih ada ranting yang tercucuk pipinya tetapi ranting itu tiada. Ia sudah dikeluarkan! Doktor yang memasangkan pelitup Aiman itu, masuk ke dalam bilik dan memberitahu Aiman bahawa dia boleh dibenarkan pulang ke rumah dalam masa dua hari lagi. Setelah mendengar berita itu, senyuman terukir di bibir Aiman.

            Pada petang itu, ibu, ayah and adik-adik Aiman datang menziarahinya di wad pesakit. Mereka datang dengan satu beg plastik penuh dengan rambutan sebagai buah tangan. Adik-adiknya kelihatan geli hati dan cuba menahan ketawa.

            “Abang Aiman, lain kali, kalau mahu makan buah rambutan, mintalah ayah belikan. Jadi Abang tidak perlu bersusah-payah sampai panjat pokok!” kata adiknya dengan nada perli.

No comments:

Post a Comment