Friday, November 29, 2013

PSLE - Sambung Cerita - Kematian

Markah Isi : 14 / 20
Markah Bahasa : 14 / 20
Komen : Gaya bahasa masih boleh diperbaiki, jalan cerita boleh diperkayakan kerana tulisan hanya berdasarkan satu babak atau adegan sahaja.
        
         Sanubariku diselimuti kerunsingan. Langkahku diorak perlahan menuju ke pintu rumah nenekku. Pasti sesuatu yang sirius telah berlaku sehinggakan aku disuruh pergi ke rumah nenekku dengan segera dari sekolah. Pegawai pejabat sekolah memberitahuku bahawa ibuku yang memanggilku pulang. Apakah yang terjadi? Adakah apa yang telah berlaku melibatkan nenekku? Mestilah. Kalau tidak, kenapa aku disuruh ke rumah nenek? Hatiku terasa gundah-gulana. Aku mengetuk pintu rumah nenekku. Wajah seseorang yang aku kenal menyambut kepulanganku.

          “Mana Nenek? Ini pasal Nenek, bukan?” aku tanya ibuku tanpa memberi salam kepada beliau.

          Ibuku hanya menjemputku masuk dan menunjuk kepada bilik nenekku dengan air muka yang hiba. Aku mengerling lantas terlihat titisan air mata membasahi pipi ibuku apabila aku masuk bilik itu. Aku mengalih pandanganku ke nenekku yang sedang di atas sebuah katil di dalam bilik beliau. Aku mendekati beliau. Nenekku amat tua sehinggakan aku pun tidak tahu umurnya. Mata nenekku sepet dan muka beliau berkedut kerana usianya yang begitu lanjut.

          Pada masa itu, ibuku masuk ke dalam bilik. Beliau duduk di sebelah nenekku. Matanya penuh kesedihan. Muka nenekku semakin pucat macam mayat. Beliau memandangku.

          “Nurul masih perlu rajin selepas Nenek pergi. Nanti boleh berjaya, ya?” nenekku kata.

          Nenekku menutup matanya. Dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dengan perlahan dan tersekat-sekat. Nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hatiku pecah seribu dan mataku berkaca lalu berair. Air mataku membasahi pipiku yang gebu. Tetapi bagi ibuku, beliau kehilangan seseorang yang tiada bandingnya. Kedengaran tangisan ibu terisak-isak. Aku tidak pernah melihat ibuku sedih seperti hari Nenek kembali ke Rahmatullah.

         

No comments:

Post a Comment