Friday, November 29, 2013

PSLE - Sambung Cerita - Kecelakaan / Hospital

Markah Isi : 16 / 20
Markah Bahasa : 16 / 20

             Pokok itu besar dan sukar dipanjatnya. Darah yang pekat mengalir dari pipinya akibat tercucuk ranting yang tajam. Kedua-dua belah pahanya tercalar akibat bergeseran dengan kulit pokok yang kasar. Namun, dia menyesal memanjat pokok rambutan yang tinggi itu.

          Aiman terbaring di atas padang yang berdekatan dengan rumahnya. Tubuhnya sakit dan hanya matanya boleh bergerak. Aiman terlihat seorang lelaki dewasa sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit beliau sambil memerhatikan Aiman. Aiman berfikir lelaki itu menelefon ambulans. Mungkin tidak. Dia tidak pasti.                

               Beberapa minit kemudian, Aiman terdengar siren ambulans yang meraung. Bunyi itu semakin kuat. Mata Aiman mencari-cari ambulans itu. Walaupun terasa perit dan penglihatannya agak kabur, dia ternampak sebuah kenderaan yang putih. Dua orang paramedic bergegas keluar dari kenderaan itu. Mereka membawa sebuah tandu. Kedua-dua paramedik bekerjasama untuk mengangkat Aiman lalu meletakkannya di atas tandu dan mengangkat tandu itu ke dalam ambulans. Mereka bertugas bak pepatah bagai aur dengan tebing.

               Aiman tenggelam dalam perut ambulans. Dia rasa bahawa ambulans itu sedang bergerak. Beberapa minit berlalu dengan cepat. Sudah pun sampai di hospital. Aiman dibawa ke dalam sebuah bilik. Seorang doktor memasangkan pelitup yang menyalurkan sejenis gas yang membuat pesakit tidur. Aiman mula terasa seperti akan pitam, dan sejenak kemudian, matanya tutup lalu dia terlena.

              Aiman tidak tahu berapa lama dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Apabila dia terjaga, dia terasa bagaikan masih ada ranting yang tercucuk pipinya tetapi ranting itu tiada. Ia sudah dikeluarkan! Doktor yang memasangkan pelitup Aiman itu, masuk ke dalam bilik dan memberitahu Aiman bahawa dia boleh dibenarkan pulang ke rumah dalam masa dua hari lagi. Setelah mendengar berita itu, senyuman terukir di bibir Aiman.

            Pada petang itu, ibu, ayah and adik-adik Aiman datang menziarahinya di wad pesakit. Mereka datang dengan satu beg plastik penuh dengan rambutan sebagai buah tangan. Adik-adiknya kelihatan geli hati dan cuba menahan ketawa.

            “Abang Aiman, lain kali, kalau mahu makan buah rambutan, mintalah ayah belikan. Jadi Abang tidak perlu bersusah-payah sampai panjat pokok!” kata adiknya dengan nada perli.

PSLE - Sambung Cerita - Kematian

Markah Isi : 14 / 20
Markah Bahasa : 14 / 20
Komen : Gaya bahasa masih boleh diperbaiki, jalan cerita boleh diperkayakan kerana tulisan hanya berdasarkan satu babak atau adegan sahaja.
        
         Sanubariku diselimuti kerunsingan. Langkahku diorak perlahan menuju ke pintu rumah nenekku. Pasti sesuatu yang sirius telah berlaku sehinggakan aku disuruh pergi ke rumah nenekku dengan segera dari sekolah. Pegawai pejabat sekolah memberitahuku bahawa ibuku yang memanggilku pulang. Apakah yang terjadi? Adakah apa yang telah berlaku melibatkan nenekku? Mestilah. Kalau tidak, kenapa aku disuruh ke rumah nenek? Hatiku terasa gundah-gulana. Aku mengetuk pintu rumah nenekku. Wajah seseorang yang aku kenal menyambut kepulanganku.

          “Mana Nenek? Ini pasal Nenek, bukan?” aku tanya ibuku tanpa memberi salam kepada beliau.

          Ibuku hanya menjemputku masuk dan menunjuk kepada bilik nenekku dengan air muka yang hiba. Aku mengerling lantas terlihat titisan air mata membasahi pipi ibuku apabila aku masuk bilik itu. Aku mengalih pandanganku ke nenekku yang sedang di atas sebuah katil di dalam bilik beliau. Aku mendekati beliau. Nenekku amat tua sehinggakan aku pun tidak tahu umurnya. Mata nenekku sepet dan muka beliau berkedut kerana usianya yang begitu lanjut.

          Pada masa itu, ibuku masuk ke dalam bilik. Beliau duduk di sebelah nenekku. Matanya penuh kesedihan. Muka nenekku semakin pucat macam mayat. Beliau memandangku.

          “Nurul masih perlu rajin selepas Nenek pergi. Nanti boleh berjaya, ya?” nenekku kata.

          Nenekku menutup matanya. Dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dengan perlahan dan tersekat-sekat. Nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hatiku pecah seribu dan mataku berkaca lalu berair. Air mataku membasahi pipiku yang gebu. Tetapi bagi ibuku, beliau kehilangan seseorang yang tiada bandingnya. Kedengaran tangisan ibu terisak-isak. Aku tidak pernah melihat ibuku sedih seperti hari Nenek kembali ke Rahmatullah.

         

Kosa Kata Soalan Ekspositori (Cara-cara menggalakkan...)

(Perhatian : Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa)
1.    Azam / iltizam / visi / objektif / tujuan / niat

2.    Usaha murni / baik

3.    Langkah / cara / jalan / penyelesaian

4.    Punca / sebab utama

5.    Natijah / hasil / kesudahan

6.    Akibat / kesan

7.    Masalah / cubaan / dugaan / halangan / rintangan

8.    Memupuk / menanam / menyemai minat untuk ...

9.    Kecenderungan / keinginan untuk mendalami

10.Menggalakan orang ramai / belia / remaja melibatkan diri dalam ...

11.Menerusi penglibatan mereka dalam kegiatan / aktiviti / bidang / arena ini ...

12.Mempopularkan / menjadi / bertambah popular

13.Menambat hati / membuat orang tertarik

14.Menarik perhatian

15.Mendapat / meraih pengiktirafan

16.Mendorong orang awam untuk lebih ...

17.Menyemarakkan semangat

18.Memberi sokongan

19.Memberi / mendapat pendedahan

20.Membuat perancangan / persediaan

21.Menyelaraskan semua kegiatan

22.Mengadakan aktiviti / majlis

23.Menghulurkan / membuat sumbangan

24.Mendapat sambutan yang menggalakkan

25.Bertungkus-lumus / membanting tulang

26.Bergotong-royong

27.Menyingsing lengan

28.Bersatu hati

29.Mendapat persetujuan / sebulat suara
 

First Post - Very Simple Analysis of O-Level Malay Expository Composition (Past Year Questions)

Hi,

Ok this is a very simple analysis.

The list below reflects the topics that have come out in the past 10 years for the expository question of the O-Levels :

2011 (Nov) - Rasa bangga terhadap negara
2011 (Jun) - Ciri-ciri guru
2010 (Nov) - Budaya kitar semula
2010 (Jun) - Golongan kurang bernasib baik
2009 (Nov) - Kerja-kerja kemasyarakatan
2009 (Jun) - Keharmonian masyarakat majmuk; jiran tetangga
2008 (Nov) - Memperbaiki sistem pengangkutan
2008 (Jun) - Hubungan baik antara rakan-rakan
2007 (Nov) - Hubungan baik antara guru dan pelajar
2007 (Jun) - Minat membaca
2006 (Nov) - Ciri-ciri pelajar contoh
2006 (Jun) - Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura
2005 (Nov) - Teman-teman memainkan peranan pengaruh
2005 (Jun) - Nama baik sekolah
2004 (Nov) - Masyarakat Singapura bersifat penyayang
2004 (Jun) - Singapura ialah tempat yang baik untuk didiami
2003 (Nov) - Kesan-kesan kawalan ibu bapa
2003 (Jun) - Gaya hidup sihat
2002 (Nov) - Faktor-faktor kejayaan pelajar
2002 (Jun) - Ibu bapa memanjakan anak-anak mereka

This list really begs the question : What has not been asked ?

Types of Expository Questions asked thusfar :
1) Qualities / Ciri-ciri
2) Methods / Cara-cara
3) Relationships / Hubungan
4) Opinion / Pendapat
5) Effects / Kesan-kesan

What this means is that I should prepare the language to discuss these types of questions and read widely because the topic will change... must start moving now !