Markah Bahasa : 15 / 20
Aku baru sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah apabila
Nurul, kawan baikku, bergegas ke arahku. Dia menggegam tanganku dan berkata
dengan suara yang gementar bahawa suatu kejadian buruk telah berlaku. Aku pun bertanya
apa yang berlaku. Nurul menjelaskan bahawa ada dua murid lelaki darjah enam
sedang bergaduh di bilik darjah
lalu membawaku ke tempat kejadian itu. Hisy, masuk sekolah sahaja sudah ada masalah.
“Kenapa panggil aku? Laporkan pergaduhan ini kepada pengawas lebih
baik,” aku kata seolah-olah menyampah.
Nurul hanya menggelengkan kepalanya sambil menarik tanganku. Tidak lama
kemudian, kami sampai di sebuah bilik darjah. Aku terdengar suara dua murid lelaki di dalam sebelum aku masuk ke bilik itu dengan Nurul. Aku terperanjat
apabila ternampak bilik itu dalam keadaan tunggang-langgang. Dua murid lelaki
sedang bergaduh seperti Nurul khabarkan padaku tadi. Tetapi mereka bukan calang-calang murid.
Mereka pengawas! Aku ternampak lencana pengawas mereka. Aku dan Nurul telah melihat
dua pengawas yang bergaduh.
Pengawas apa ini? Tidak sopan langsung! Aku tidak tahu bagaimana dua
murid lelaki ini dipilih untuk menjadi pengawas. Mereka tidak perasan aku dan
Nurul yang sedang berdiri di
pintu bilik itu. Aku menyuruh Nurul untuk memberitahu seorang guru. Beberapa
saat selepas dia pergi, seorang daripada pengawas yang sedang bergasak itu ternampak
aku yang tercegat dengan mulut ternganga. Dia semakin menghampiriku. Hatiku berdegup-degup. Tiba-tiba, dia
berhenti seperti terlihat hantu di belakangku.
Aku pusing lalu menghadap seorang guru. Dengan nada bengis, beliau
mengarah dua pengawas yang bergaduh tadi itu untuk mengikutnya ke pejabat
pengetua sekolah. Sebelum beliau pergi, guru itu mengucap terima kasih kepada
aku dan Nurul kerana memberitahu beliau tentang kejadian itu. Kalau aku tidak
menggesa Nurul untuk memanggil seorang guru dan Nurul tidak pergi, pergaduhan
itu akan masih berterusan.
Selepas itu, aku dan Nurul pergi ke kelas bersama-sama. Apabila aku dan
Nurul sampai di kelas, kami mengucapkan selamat sejahtera kepada Cikgu Lina.
Aku terus meminta maaf kepada beliau lalu aku dan Nurul menerangkan sebab yang
kami terlambat supaya beliau tidak marah. Cikgu Lina tersenyum dan memberitahu
bahawa kami boleh ke tempat duduk kami. Nasib baik beliau tidak marah. Malah Cikgu
Lina menonjolkan kami sebagai contoh baik untuk rakan-rakan sedarjah kami.
karang yang baik dan sungguh kreatif
ReplyDeleteyeeaa
DeleteSungguh deskriptif dan terperinci. Syabas saya ucapkan!
ReplyDeleteSungguh deskriptif dan terperinci. Syabas saya ucapkan!
ReplyDeleteSungguh menarik cerita itu....hebat!
ReplyDelete