Tuesday, December 3, 2013

PSLE - Sambung cerita - Pergaduhan di sekolah

Markah Isi : 15 / 20
Markah Bahasa : 15 / 20

    Aku baru sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah apabila Nurul, kawan baikku, bergegas ke arahku. Dia menggegam tanganku dan berkata dengan suara yang gementar bahawa suatu kejadian buruk telah berlaku. Aku pun bertanya apa yang berlaku. Nurul menjelaskan bahawa ada dua murid lelaki darjah enam sedang bergaduh di bilik darjah lalu membawaku ke tempat kejadian itu. Hisy, masuk sekolah sahaja sudah ada masalah.

         “Kenapa panggil aku? Laporkan pergaduhan ini kepada pengawas lebih baik,” aku kata seolah-olah menyampah.

         Nurul hanya menggelengkan kepalanya sambil menarik tanganku. Tidak lama kemudian, kami sampai di sebuah bilik darjah. Aku terdengar suara dua murid lelaki di dalam sebelum aku masuk ke bilik itu dengan Nurul. Aku terperanjat apabila ternampak bilik itu dalam keadaan tunggang-langgang. Dua murid lelaki sedang bergaduh seperti Nurul khabarkan padaku tadi. Tetapi mereka bukan calang-calang murid. Mereka pengawas! Aku ternampak lencana pengawas mereka. Aku dan Nurul telah melihat dua pengawas yang bergaduh.

         Pengawas apa ini? Tidak sopan langsung! Aku tidak tahu bagaimana dua murid lelaki ini dipilih untuk menjadi pengawas. Mereka tidak perasan aku dan Nurul yang sedang berdiri di pintu bilik itu. Aku menyuruh Nurul untuk memberitahu seorang guru. Beberapa saat selepas dia pergi, seorang daripada pengawas yang sedang bergasak itu ternampak aku yang tercegat dengan mulut ternganga. Dia semakin menghampiriku. Hatiku berdegup-degup. Tiba-tiba, dia berhenti seperti terlihat hantu di belakangku.

         Aku pusing lalu menghadap seorang guru. Dengan nada bengis, beliau mengarah dua pengawas yang bergaduh tadi itu untuk mengikutnya ke pejabat pengetua sekolah. Sebelum beliau pergi, guru itu mengucap terima kasih kepada aku dan Nurul kerana memberitahu beliau tentang kejadian itu. Kalau aku tidak menggesa Nurul untuk memanggil seorang guru dan Nurul tidak pergi, pergaduhan itu akan masih berterusan.     

         Selepas itu, aku dan Nurul pergi ke kelas bersama-sama. Apabila aku dan Nurul sampai di kelas, kami mengucapkan selamat sejahtera kepada Cikgu Lina. Aku terus meminta maaf kepada beliau lalu aku dan Nurul menerangkan sebab yang kami terlambat supaya beliau tidak marah. Cikgu Lina tersenyum dan memberitahu bahawa kami boleh ke tempat duduk kami. Nasib baik beliau tidak marah. Malah Cikgu Lina menonjolkan kami sebagai contoh baik untuk rakan-rakan sedarjah kami.

Monday, December 2, 2013

Darjah 3 - Kejadian di pusat membeli-belah

           Ada seorang wanita yang bernama Azura. Beliau sedang mendukung anaknya. Puan Azura  ingin berbelanja di pusat membeli - belah yang berdekatan dengan rumahnya. Beliau menaiki  tangga bergerak untuk naik ke aras atas.
                                
           Semasa Puan Azura menaiki tangga itu, beliau ternampak seorang budak lelaki yang nakal sedang memanjat tempat memegang susur tangga bergerak itu.
         "Alamak!"budak lelaki itu menjerit lalu terjatuh ke bawah dan cedera. Darahnya mengalir dengan banyak sekali dan dia meraung kesakitan.
 
            Semua orang di dalam pusat membeli-belah itu berkerumun di tempat budak lelaki itu terjatuh. Puan Azura terus meletakkan anaknya ke lantai dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon ambulans. Kemudian, beliau meletakkan telefon bimbitnya ke dalam begnya semula. Selepas itu,Puan Azura mengangkat anaknya untuk mendukungnya.

            Selepas beberapa minit, ambulans datang. Paramedik mengangkat budak leleki itu dan mengusungnya ke dalam ambulans. Ibu budak lelaki itu berasa marah dan kecewa kepeda perbuatan anaknya itu. Ibu budak lelaki itu berkata kepada Puan Azura 
            "Terima kasih kerana menelefon saya dan ambulans." Rupa-rupanya, ibu budak lelaki itu adalah kawan Puan Azura. Sekarang, budak lelaki itu takut hendak menaiki tangga bergerak lagi. Mereka semua pergi ke hospital untuk melawat budak lelaki itu. Dia akan di hospital selama dua minggu atau lebih.